Skip to main content

Video montaj dinner ASEAN PharmNET 2017

Majlis makan malam ASEAN PharmNET 2017, ada satu slot untuk tayangan video multimedia. Video yang bertujuan memaparkan beberapa gamabr-gambar yang sempat dirakam pada hari pertama persidangan ASEAN PharmNET 2017.

Cara buat video montaj ini

Untuk bahagian intro, saya menggunakan templat Plexus Title. Kebetulan templat ini diberi percuma Jumaat minggu lepas. Saya tukar teksnya kepada teks yang berkaitan dengan persidangan, juga saya tukar teks dengan gambar logo-logo penganjur.

Bahagian video tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur tu, yang tu ada student yang tolong buatkan, katanya dia guna Filmora. Saya tak pernah guna Filmora lagi, nampak macam mudah guna Filmora untuk edit video yang menarik.

Bahagian akhir photo slideshow tu saya guna templat photo slideshoe 3D. Ini bahagian yang paling mencabar. Mencabar untuk pilih gambar, dan juga mencabar untuk render video hasil akhirnya. Saya render pada 1920 x 1080 punya resolusi, dan memakan masa 6 jam lebih. Haha.. Perlukan laptop yang lebih power nampaknya jika nak render video yang banyak elemen 3D dalam After Effects.

Apapun, bila dah siap video pada resolusi tinggi 1080p, saya puas hati dengan jelasnya video yang terhasil. Yeay..

Intro part : https://videohive.net/item/plexus-titles/20234095?ref=amirulfaiz

Photo gallery part : https://videohive.net/item/photo-slideshow-3d-ii/5596576?ref=amirulfaiz

Audio : https://audiojungle.net/item/chance/151462?ref=amirulfaiz

Video

No comments

Leave your comment

In reply to Some User