Skip to main content

Teknik mengasah pisau (asas).

Apabila tibanya bulan Zulhijjah, ramai orang yang nak sertai ibadah korban. Ada yang masuk 1 bahagian lembu, ada yang korban 1 ekor lembu. Alhamdulillah.

Semasa ramai-ramai melapah binatang korban, kita biasanya nampak orang lama dengan pisau mereka yang cukup tajam. Kerja-kerja melapah jadi efisien. Senang je tengok mereka buat kerja.

Saya juga ada beli pisau di pasar tani 5,6 tahun yang lepas. Mula-mula pakai sedap lah, pisau masih tajam. Lama-kelamaan, pisau jadi kurang tajam. Nak potong kulit lembu pun terkial-kial. Segan dibuatnya dengan orang lain yang sedang sama-sama mengerjakan lembu korban dengan kita.

Saya pun asahlah pisau dengan batu asah yang murah, beli kat pasar malam jer. Asah punya asah, tapi macam tak yakin, dah cukup tajam ke? Pernah juga saya search kat youtube teknik mengasah pisau yang betul, kebanyakan yang saya jumpa, teknik asah pisau dalam bahasa Inggeris. Saya faham apa yang mereka cakap, cuma rasa macam ada yang tak jelas.

Sehinggalah saya jumpa video teknik asas mengasah pisau oleh Mat Min. Penerangan yang diberikan oleh beliau sangat jelas, berserta dengan lukisan teori disebalik apa yang kita buat dengan mengasah mata pisau itu.

Selepas belajar dari video tersebut, saya jadi lebih yakin untuk mengasah pisau sendiri. Nak kata pisau saya jadi sungguh tajam, tidak le, tapi sekurang-kurangnya saya yakin dengan apa yang buat. Sungguh pun tak capai lagi tahap ketajaman yang saya nak, tapi sekurang-kurangnya saya tahu apa yang saya lakukan dengan pisau.

 

No comments

Leave your comment

In reply to Some User