Skip to main content

Video korporat sekolah

Untuk menyediakan video korporat sekolah yang simple, macam ala-ala slideshow, kita boleh gunakan software Adobe After Effects untuk buat video korporat tersebut.

Ini merupakan kali pertama saya sediakan video korporat sekolah. Bagi video korporat sekolah ini, saya hanya menggunakan gambar, video dan juga jalan cerita yang diberikan kepada saya melalui emel. Maknanya saya tak buat apa-apa pengambaran atau rakaman dalam menyediakan video korporat sekolah ini.

Dengan menggunakan templat projek After Effects, saya edit gambar dan teks, serta tambah sikit teks yang dirasakan perlu, maka terhasillah video korporat sekolah ini.

Saya terpaksa blurkan logo dan tukar nama sekolah, kerana atas permintaan guru praktikal yang mengupah saya sediakan video ini.

Template projek After Effects : Corporate Package v3.

Audio : Free corporate background music di Youtube.

Video, Videohive

No comments

Leave your comment

In reply to Some User